Tuesday 18 November 2014

Cerita Aidil Adha 2014

Bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk 'melangsaikan hutang' blog, hehehe..

berbalik pada tajuk entry, kita bercerita pasal Aidil Adha..alhamdulillah, tahun ni ada rezeki abah untuk sertai sebahagian daripada aktiviti qurban.

Firman allah;

Maksudnya;
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

ni adalah sebahagian daripada gambar ketika aktiviti melapah daging untuk sesi pembahagian..


**pic ihsan dari fb jiran ni, hehe..**
 
time ni memang meriah, pakat bergotong royong sesama jiran..lepas tu, hari2 lauk mesti berasaskan daging jer, hehehe...paling best buat sup tulang!..dan lagi satu feveret, rojak kateh..ni makanan orang pantai timur, terutama terengganu dan kelantan...
inilah rojak kateh, diperbuat dari kaki lembu..ampun ya, jangan ditanya cara masak, hehe..cik zie taw makan jer..^_^

 rasa cmne? rasa rojak ni, masam2 manis pedas gitu..

nak rasa rojak ni, kene datang terengganu atau kelantan...dan rojak ni hanya orang yang terror je boleh buatkan..klo tak terror, kurang umpphh la..:)

sekian sahaja cerita Aidil Adha tahun ni..inshaAllah, jika dipanjang umur dan dimurahkan rezeki, tahun depan boleh join qurban lagi..




2 comments:

  1. Sedap tu rojak kateh! Nti boleh try. Zie ni blog akak.

    www.hudafahmi.com

    ReplyDelete