Wednesday 12 November 2014

Jerebu

Definisi Jerebu

Jerebu merupakan satu keadaan dimana partikel-partikel kecil yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Jerebu berlaku apabila partikel-partile ini wujud dalam kuantiti yang banyak sehingga boleh menyekat pancaran matahari. Kesannya, ia akan mengakibatkan jarak penglihatan menjadi terhad.

Punca-punca Jerebu :

Antara punca berlakunya jerebu ialah :
  • pembakaran secara terbuka
  • asap dari kilang
  • asap dari kenderaan 

Bacaan Indeks Pencemaran Udara 

 Kesan Jerebu :

Memberikan kesan negatif terhadap kesihatan, terutama :
  1. kanak-kanak
  2. orang tua
  3. mereka yang mempunyai penyakit asthma, paru-paru, jantung, bronkitis, alahan
  4. perokok
  5. mereka yang sering terdedah dengan udara luar

Pencegahan Jerebu

Sebagai langkah pencegahan, kita perlu berwaspada dan sentiasa peka dengan keadaan semasa. Dapatkan nasihat dan rawatan sekiranya perlu.

Untuk bacaan Indeks Pencemaran Udara / Air Pollution Index (API), sila layari www.doe.gov.my/apims



No comments:

Post a Comment